Salam 1Malaysia,
Transformasi pendidikan seharusnya berkesan supaya sistem
pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Justeru itu, dengan
pelaksanan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan
sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar.
Guru perlu melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di
samping berdepan dengan masalah tekanan emosi murid. Ini bermakna guru perlu
terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara profesional.
Diharap, penghasilan blog ini dapat memenuhi keperluan inovasi dalam pendidikan
dan menjadi rujukan kepada warga pendidik.
No comments:
Post a Comment
sumbangan idea dan pandangan