Thursday 2 August 2012

P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - MULTI-FLOW MAP





P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - DOUBLE BUBBLE MAP




P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - BRIDGE MAP





P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - BUBBLE MAP


MATLAB DAN CIK LAT

Matlab adalah seekor labah-labah yang rajin bekerja. Dia mahu membuat sarangnya.Angin bertiup , sarangnya putus. Matlab mencuba lagi. Angin bertiup , sarangnya putus. Matlab terus mencuba. Dia tidak putus asa. Tidak lama kemudian sarangnya pun siap. Matlab senang hati. Matlab menunggu mangsanya lalu. Tidak ada serangga yang lalu . Matlab menunggu dengan sabar.Tiba-tiba datang seekor lalat. Cik Lat terbang dekat dengan sarang labah.Matlab menegur Cik Lat .”Hendak ke mana Cik Lat? Singgahlah di rumah saya.”

Cik Lat menjawab, “ Terima kasih. Saya sibuk. Saya mahu mencari makanan.’ Matlab berkata lagi, “Singgahlah sekejap. Di rumah saya ada banyak makanan. ”

Cik Lat menjawab, “Saya tidak boleh singgah di rumah musuh. Engkau suka makan lalat. Matlab tidak berputus asa. Dia mencuba lagi, “Jangan dengar cakap begitu. Saya tidak memakan awak. Singgahlah sekejap. Saya ada banyak makanan.”

Cik Lat menjawab, “ Semua binatang tahu Matlab suka makan lalat.” Matlab berkata lagi, “Jangan dengar cakap binatang lain. Singgahlah sekejap. Saya ada banyak makanan.”

Cik Lat bertanya, Betulkah awak ada banyak makanan? Awak bukan musuh saya?”Matlab menjawab, “ Betul, saya bukan musuh awak! Singgahlah sekejap. Saya ada banyak makanan.” Cik Lat pun berkata, “ Baiklah “ Cik Lat pergi rapat dengan sarang Matlab. Dia terlekat pada sarang Matlab.



P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - TREE MAP





P&P PRASEKOLAH TEMA SERANGGA - BRACE MAP